Sabre Interactive bersama dengan pembangun Warhorse Studios telah mengumumkan yang Kingdom Come: Deliverance Royal Edition akan dilancarkan untuk Nintendo Switch pada awal tahun depan.
Versi Royal Edition ini menyertakan permainan asas bersama dengan kesemua DLC yang dikeluarkan untuknya iaitu Treasures of the past, From the Ashes, The Amorous Adventure of Bold Sir Hans Capon, Band of Bastards dan A Woman’s Lot.
Kingdom Come: Deliverance sudah dikeluarkan pada tahun 2018 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Anda juga boleh baca ulasan kami untuknya di pautan berikut – Ulasan Kingdom Come: Deliverance.