HoYoverse telah mengumumkan yang kemaskini seterusnya untuk Genshin Impact iaitu versi 4.3 berjudul “Roses and Muskets” akan dilancarkan pada 20 Disember 2023 yang antaranya membawa dua watak baharu iaitu Navia dan Chevreuse.

Dengan penceritaan di Fontaine telah selesai di kemaskini yang lepas, pendudukan Fontaine beralih untuk menyambut acara tahunan mereka iaitu Fontinalia Festival yang meraikan Lochknights. Dengan arahan oleh Furina, Traveler bersama dengan adik beradi Kamisato dan pereka fesyen Chiori bersama untuk menghasilkan filem dengan pemain boleh melakukan melalui mod “Into the Frame”.

Melakukan aktiviti-aktiviti sepanjang acara ini, pemain boleh dapatkan pelbagai ganjaran termasuk juga claymore 4-bintang “Ultimate Overlord’s Mega Magic Sword”.

Selain itu, dua watak baharu juga akan disertakan iaitu President Spina di Rosula, Navia iaitu watak 5-bintang yang menggunakan senjata claymore dan menggunakan elemen Geo. Navia boleh melakukan serangan seperti “Rosula Shardshots”.

Satu lagi watak adalah Chevreuse iaitu kapten untuk ‘Special Security and Surveillance Patrol’ yang akan disertakan sebagai watak 4-bintang menggunakan polearm dengan elemen Pyro. Chevreuse memfokuskan kepada serangan yang melalukan AOE damage.

Navia akan disertakan bersama dengan Ayaka untuk awal kemaskini ini, diikuti dengan Chevreuse bersama dengan Raiden Shogun dan Yoimiya untuk pertengahan kedua.

Kemaskini ini juga akan menyertakan penambahan kandungan untuk Genius Inbokation TCG, Serenitea Pot juga menerima rekaan bertemakan Fontaine, acara Itto’s Beetle Battle dan Liben’s Daily Request juga akan kembali.

Permainan juga akan menerima fungsi “one-click function” yang membolehkan pemain untuk mendapatkan segala ganjaran expeditions dengan satu butang sahaja. Selain itu, pemain juga balak boleh melihat artifact yang popular digunakan untuk setiap watak sebagai rujukan.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini