GiGaBash Ditawarkan Percuma Di Epic Games Store

Epic Games Store telah menawarkan dua permainan percuma bagi penawaran mingguan mereka, dan salah satu permainan tersebut adalah GiGaBash iaitu permainan pertempuran kaiju oleh pembangun dari Malaysia, Passion Republic.

GiGaBash pertama kali dilancarkan pada tahun lepas untuk PlayStation dan PC, sebelum turut dikeluarkan untuk Xbox dan Nintendo Switch pada tahun ini. Di dalam permainan ini, pemain boleh memilih pelbagai kaiju yang mempunyai keupayaan tersendiri, ia boleh dimainkan secara berseorangan ataupun multi-pemain.

Tebus: GiGaBash

Bersama dengan GiGaBash, satu lagi permainan yang ditawarkan percuma adalah Predecessor iaitu permainan yang mengambungkan MOBA dan menembak. Permainan ini masih di peringkat akses awal dan merupakan permainan dalam talian. Ia sudah tiba sejak tahun lepas dan dibangunkan oleh Omeda Studios.

Tebus: Predecessor

Penawaran percuma untuk dua permainan ini adalah sehingga 14 Disember 2023 sebelum digantikan dengan permainan yang masih tidak diumumkan, yang kami jangkakan tiba bersama dengan jualan promosi akhir tahun.

Sohor Kini