Skip to main content

EA melalui program EA Origins mereka telah mengumumkan permainan Tales of Kenzera: ZAU iaitu permainan oleh Surgent Studios yang merupakan studio ditubuhkan oleh Abubakar Salim iaitu pelakon suara untuk Bayek of Siwa daripada permainan Assassin’s Creed Origins.

Menurut Abubakar Salim ketika The Game Awards telah mengatakan yang permainan ini adalah berdasarkan pengalaman dirinya sendiri berdepan dengan kesedihan selepas kematian bapanya dan perhubungannya dengan permainan video.

Tales of Kenzera: ZAU akan dikeluarkan pada 23 April 2024 untuk PlayStation 5, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.

Leave a Reply