Skip to main content

Level Infinite bersama dengan pembangun Sharkmob ketika The Game Awards telah mengumumkan permainan seterusnya daripada mereka ialah Exoborne yang merupakan permainan menembak dunia terbuka taktikal.

Anda boleh tonton treler pengumuman di bawah.

Di dalam permainan ini, tamadun dunia sudah berakhir selepas Projek Rebirth menjadikan dunia sangat berbahaya. Pemain menjadi Reborn iaitu manusia yang telah dipasangkan dengan implan yang membolehkan mereka untuk mengawal Exo-Rigs.

Permainan ini akan menyertakan pelbagai misi dan aktiviti termasuk juga acara umum dan kandungan akan ditambah dari semasa ke semasa. Permainan ini sedang dibangunkan untuk konsol dan PC.

Level Infinite merupakan penerbit untuk PUBG Mobile manakala Sharkmod sebelum ini membangunkan permainan Vampire: The Masquerade – Bloodhunt.

Leave a Reply