Treler Marvel’s Blade Memperlihatkan Grafiti Ayat Al-Quran

Arkane Lyon hari ini ketika The Game Awards telah mengumumkan yang mereka sedang membangunkan permainan Marvel’s Blade iaitu permainan aksi pengembaraan berdasarkan watak daripada Marvel yang juga pemburu vampire.

Menariknya, di dalam treler pengumuman terdapat satu adegan yang memperlihatkan bangunan yang penuh dengan grafiti. Salah satu grafiti adalah ayat Al-Quran, iaitu ayat pertama di dalam Surah Al-Falaq.

Terjemahan untuk ayat tersebut adalah ‘Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk’. Seperti yang dikatakan oleh Rami Ismail, surah ini memfokuskan kepada meminta perlindungan daripada Tuhan daripada pelbagai ancaman termasuk juga perkara ghaib yang boleh dikatakan bersesuaian dengan keadaan di dalam dunia Blade.

Selain itu, terdapat juga tanda salib yang bagi kepercayaan sesetengah orang yang beragama kristian ia juga digunakan untuk melawan daripada ancaman perkara ghaib. Memasuki ke tempat bagi bangunan tersebut, di dalamnya terdapat pelbagai lagi simbol-simbol agama yang lain.

Marvel’s Blade masih tiada tarikh pelancaran dan setakat ini diumumkan untuk Xbox Series dan PC.

Sohor Kini