Mr. and Mrs. Smith, filem yang diarahkan oleh Doug Liman dengan lakonan Brad Pitt dan Angelina Jolie telah diolah semula menjadi siri TV 8 episod untuk Prime Video. Ia turut mempunyai penceritaan baharu di mana dua individu yang tidak mengenali sesama sendiri bersetuju untuk menjadi pasangan John dan Jane Smith untuk hidup mewah dengan bekerja sebagai perisik.

Kesemua 8 episod akan disiarkan pada 2 Februari 2024, Prime Video baru-baru ini telah berkongsi treler baharu;

Video treler ini jelas mempertontonkan aksi komedi yang menarik dengan penceritaan kelihatan seakan rancak. Ia turut masih mempunyai drama yang jelas akan membawa ke perasaan cinta sebenar untuk watak Donald Glover dan Maya Erskine ini. Glover turut menerbit siri TV ini sendiri. Bagi yang berminat untuk menyaksikan kisah baharu Mr. and Mrs. Smith, Prime Video boleh dilanggan pada harga RM25 sebulan.

Sohor Kini