Skip to main content

Capcom hari ini ketika The Game Awards telah mengumumkan yang permainan seterusnya di dalam siri Monster Hunter ialah Monster Hunter Wilds yang akan dikeluarkan pada tahun 2025 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Mereka juga berkongsi treler pengumuman yang anda boleh tonton di bawah.

Mereka juga telah mengumumkan yang maklumat lanjut mengenai permainan ini akan dikongsi sekitar suku kedua ataupun ketiga pada tahun depan.

Selain itu, mereka juga mengumumakn Monster Hunter: World bersama dengan penambahan Iceborne, Monster Hunter Rise dan penambahannya Sunbreak kini ditawarkan dengan potongan harga sehingga 67%.

Leave a Reply