Baldur’s Gate 3 Dilancarkan Untuk Xbox Series

Larian Studios hari ini telah melancarkan Baldur’s Gate 3 untuk Xbox Series beberapa minit selepas memenangi Permainan Terbaik Tahun Ini di The Game Awards 2023.

Baldur’s Gate 3 yang sudah dikeluarkan di platform lain sebelum ini tidak dilancarkan untuk Xbox Series kerana mereka tidak dapat menyertakan fungsi multi-pemain setempat di Xbox Series S. Selepas perbincangan dengan Xbox, mereka bersetuju untuk membolehkan fungsi tersebut tidak disertakan di konsol Xbox Series S.

Larian Studios juga mengumumkan Baldur’s Gate 3 Deluxe Edition versi fizikal untuk PlayStation 5 dan Xbox Series.

Sohor Kini