Kojima Productions hari ini telah berkongsi di The Game Awards judul untuk permainan yang dibangunkan oleh mereka bersama dengan Xbox Game Studios iaitu OD. Melalui treler yang dikongsi, ia sekadar memperlihatkan beberapa watak yang akan tiba di dalam permainan ini.

Membuat penampilan ketika pengumuman adalah pelakon dan pengarah terkenal Jordan Peele yang mengatakan berbangga untuk bekerjasama dengan Kojima membangunkan permainan ini. Kojima juga mengatakan selain Jordan Peele, terdapat pelbagai lagi yang terlibat dengan permainan ini yang digelar sebagai ‘Avengers’.

Xbox sebelum ini telah mengumumkan mereka bekerjasama dengan Kojima Productions untuk hadir dengan “permainan yang tidak pernah dialami sebelum ini” menggunakan teknologi awanan.

Sohor Kini