Apa yang kita dapat lihat ialah permainan klasik masih mempunyai ramai peminat walaupun sudah berdekad dilancarkan. Bagi peminat konsol SEGA yang tidak lagi wujud, di acara The Game Awards pagi ini SEGA mengumumkan pembangunan permainan baharu Crazy Taxi, Jet Set Radio, Golden Axe, Streets of Rage dan Shinobi telahpun dimulakan.

Beberapa video permainan turut diperlihatkan dengan Shinobi masih mengekalkan grafik 8-bit dan genre permainan platformer. Streets of Rage dan Golden Axe pula kini 3D sepenuhnya. Crazy Taxi pula kini mempunyai elemen dikejar oleh polis. Tetapi yang paling menarik perhatian kami ialah Jet Set Radio dengan grafik cell-shaded yang nampak lebih kompleks.

Tiada tarikh bila kesemua permainan ini akan menemui peminat belum diumumkan oleh SEGA. Yang pasti sebagai peminat SEGA kami tidak sabar untuk memainkan kesemua permainan yang diumumkan hari ini kerana akan mengimbau banyak nostalgia.

Sohor Kini