Santa Monica Studio telah mengumumkan yang God of War Ragnarok menerima DLC percuma yang berjudul Valhalla. DLC ini akan tiba pada 12 Disember 2023, ia akan menyertakan mod permainan baharu berasaskan roguelite.

Berdasarkan yang diperlihatkan di dalam treler, pemain akan melalui kawasan di dalam permainan ini dan perlu bertempur dengan penjahat-penjahat yang berbeza. Apabila mati, pemain akan bermula semula. Ia adalah seperti mod baharu yang diperkenalkan untuk The Last of Us Part II Remastered.

God of War Ragnarok sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5.

Sohor Kini