505 Games telah mengumumkan yang Brothers: A Tale of Two Sons Remake akan dilancarkan pada 28 Februari 2024. Ia merupakan permainan yang dilancarkan pada tahun 2013 dibangunkan oleh Starbreeze Studios dan diarahkan oleh Josef Fares yang kemudiannya menubuh Hazelight Studios.

Brothers: A Tale of Two Sons merupakan permainan yang memfokuskan kepada abang dan adik yang cuba mencari ubat bagi bapanya yang sakit. Permainan ini adalah permainan terbaik semasa dikeluarkan pada tahun 2013, terutama kerana dengan tatamain yang UNIK.

Pemain akan mengawal abang dan adik menggunakan batang alat kawalan bahagian kiri dan kanan. Ia juga adalah satu pengembaraan yang sangat menyentuh jiwa. Permainan ini akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini