House Of The Dragon Musim Ke-4 Turut Dalam Perbincangan

House of the Dragon adalah siri prekuel kepada Game of Thrones. Ia menerima maklum balas yang baik di kalangan peminat GoT sehingga musim kedua disahkan akan tiba tahun hadapan. Seperti yang semua maklum, musim kedua adalah lebih pendek dengan hanya mempunyai 8-episod berbanding musim pertama yang ada 10 episod. Pada masa yang sama, Warner Bros. turut telah meluluskan HotD untuk musim ketiga.

Dalam blog George R.R. Martin, beliau telah berkongsi yang perbincangan untuk musim ketiga dan musim keempat telah dibincangkan bersama pasukan penulis skrip Sara Hess, Ti Mikkel, David Hancock, dan Philippa Goslett yang diketuai oleh Ryan Condal. Martin seakan mengacah yang mereka telah mempunyai idea untuk penceritaan dua musim lagi.

Apa-apa pun masih awal untuk kita mengetahui nasib dua musim lagi sedangkan musim kedua pun belum disiarkan. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut mengenai francais House of the Dragon ini.

Baca – Ulasan House of The Dragon – Melenyapkan Memori Buruk GoT Dengan Hembusan Naga Targaryen

Sohor Kini