Kedua-dua pasukan dari Malaysia ke M5 tampaknya gagal untuk memberi impak di dalam kejohanan M5 apabila HomeBois dan Team SMG menerima nasib yang sama tersingkir di peringkat Liga selepas sekadar memenangi satu perlawanan.

Team SMG terlebih dahulu tersingkir semalam apabila tewas kepada RRQ Akira yang tersingkir bersama, manakala malam ini, HomeBois gagal untuk memenangi perlawanan menentang TheOhioBorthers dari Amerika Syarikat yang sebelum ini tidak pernah memenangi sebarang perlawanan di peringkat liga.

Tersingkirnya dua pasukan ini, tiada lagi wakil Malaysia di M5 dengan lapan pasukan yang layak ke peringkat seterusnya adalah ONIC Esports, See You Soon, Blacklist International, Fire Flux Esports, AP.Bren, Burmese Ghouls, Geek Fam ID dan Deus Vult.

Sohor Kini