PlayStation telah membuka sesi pra-tempahan bagi The Last of Us Part II Remastered melalui PlayStation Store. Ia ditawarkan dengan harga RM209, jika anda sudah memiliki permainan ini bagi versi PS4, anda boleh naik taraf dengan harga RM40.

Versi Remastered ini akan menyertakan pilihan grafik 4K untuk Fidelity Mode, 1440p upscaled ke 4K untuk Performance Mode, sokongan VRR, dan peningkatan kualiti tekstur, animasi dan bayang. Ia juga akan menyokong DualSense sepenuhnya.

Mod baharu yang diperkenalkan adalah No Return iaitu roguelike survival, pemain boleh menggunakan mana-mana watak daripada permainan ini dan perlu melawan dengan pelbagai penjahat dengan gaya-gaya berbeza, mereka juga telah berkongsi lanjut mengenainya.

Permainan ini juga akan menyertakan pelbagai kandungan di belakang tabir untuk pemain lebih mengetahui bagaimana Naughty Dog menghasilkan permainan ini. Ini termasuklah, perkongsian daripada Neil Druckmann, Halley Gross , Troy Baker, Ashley Johnson dan Laura Bailey.

The Last of Us Part II Remastered buat masa ini hanya akan tiba di PlayStation 5.

Sohor Kini