A24 baru sahaja menandatangani perjanjian bersama Warner Bros. Discovery untuk menyiarkan 100 filem mereka terus ke platform HBO, Max dan juga Cinemax. Perjanjian ini adalah untuk filem-filem baharu A24 selepas tamat ditayangkan di pawagam dan jua sejumlah filem baharu.

Antara filem baharu yang akan ditawarkan adalah Priscilla (Sofic Coppola), Dream Scenario (Nicolas Cage) dan The Iron Claw (Zac Efron). Sementara filem sedia ada seperti Bodies Bodies Bodies, The Green Knight, Everything Everywhere All At Once, The Whale, Uncut Gems dan banyak lagi turut akan disertakan sekali.

Ini bukan kali pertama A24 bekerjasama dengan Warner Bros. kerana sebelum ini beberapa filem mereka telah pun disiarkan di platform penstriman seperti HBO Go. A24 turut adalah studio yang bertanggungjawab menghasilkan siri The Idol dan Euphoria untuk platform Max.

Sohor Kini