Skip to main content

Kotex hari ini telah mengumumkan penubuhan pasukan Mobile Legends: Bang Bang yang terdiri daripada pemain wanita iaitu Kotex Elimin8tors sebahagian daripada kempen mereka ‘Period or Not, She Can’.

Kotex Elimin8tors terdiri daripada enam pemain iaitu Nurul Effa Fauzana (Fafau) yang juga ketua kumpulan, Siti Sarah (Ecstatic), Intan Syafinaz (Intan), Afina Balqis (Rina) dan Nurul Ain Salshabilla (Beyya).

Selain itu, Muhammad Ariff Iswandi (Amoux) diumumkan sebagai jurulatih dan Nabila (Belle) sebagai pengurus pasukan.

Kotex juga telah mengumumkan yang mereka menyediakan RM100 ribu daripada Kotex She Can Fund untuk menyertakan ekosistem lengkap kepada pasukan bagi mempertingkatkan kemahiran mereka dengan sasaran untuk ke Mobile Legends Professional League – ini termasuklah jurulatih, kelengkapan, sesi latihan, gaming studio, tempat tinggal dan elaun bulanan.

Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan yang menghadiri majlis pengumuman pasukan ini mengatakan yang esukan masih lagi didominasi oleh pemain lelaki, dan sering terlepas pandang pemain wanita. Beliau menambah yang perkara ini perlu ditukar bukan sekarar untuk kesamarataan tetapi juga untuk mengembangkan bakat-bakat atlit wanita negara.

Menurut pengurus pasukan Belle, Kotex Elimin8tors telah memulakan latihan mereka sebagai persediaan untuk ke MPL yang bermula pertengahan tahun depan.

Leave a Reply