Skip to main content

Selepas Oktober tahun lepas PUBG Mobile bekerjasama dengan Monsta untuk BoBoiBoy, tahun ini mereka memperkenalkan acara khas untuk Mechamato pula iaitu Ready. Set. Mechanize!. Acara ini akan berlangsung dari 15 Disember sehingga 5 Januari akan datang.

Untuk kolaborasi ini, PUBG Mobile akan menawarkan barangan belian dalam aplikasi peringkat Legendary yang menyertakan sut Mechamato dan set topeng, senjata Mecha-Machete dan juga Mechabike yang muat untuk dua pemain. Tambahan daripada itu, pek suara MechaBot oleh Adzlan Nazir dan Bago Go oleh CEO Monsta sendiri iaitu Nizam Abdul Razak turut akan ditawarkan pada dengan harga diskaun 40%.

Acara dalam permainan ini turut akan membenarkan pemain mengumpul pelbagai barangan edisi khas bertemakan Mechamato selain turut dapat menyahkunci pek suara melalui acara dalam permainan Adventures of MechaBot & Bago Go. Pengurus negara Level Infinite (penerbit PUBGM), iaitu Eugene Chin memberitahu yang kerjasama antara PUBG Mobile dan Mechamato ini menjadikan PUBGM sebagai permua yang dibangunkan untuk Malaysia kerana mekanik permainan turut telah diubah agar bersesuaian dengan pemain Malaysia serta tema Mechamato.

PUBG Mobile adalah permua yang percuma yang boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store. Acara Ready. Set. Mechanize ini ditawarkan di seluruh dunia (180 negara) dan tidak terhad kepada Asia Tenggara sahaja seperti BoBoiBoy bermula 15 Disember sehingga 5 Januari 2024.

Leave a Reply