Netflix minggu ini telah berkongsi treler untuk siri aksi nyata berdasarkan siri mangan klasik Yu Yu Hakusho yang akan tiba di platform tersebut pada 14 Disember 2023. Siri ini akan mempunyai 5 episod kesemuanya.

Yu Yu Hakusho merupakan siri manga yang bermula pada tahun 1990 sehingga 1994 dengan menerima siri anime pada tahun 1992 dan berakhir pada tahun yang sama dengan manga.

Siri ini memfokuskan kepada Yusuke Urameshi iaitu seorang remaja yang nakal tetapi telah mati kerana cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak. Selepas melalui pelbagai ujian, dia kembali ke dunia dan dengan tugasan untuk menyiasat mengenai misteri-misteri yang berlaku.

Filem ini diarahkan oleh Sho Tsukikawa, penulis skrip Tatsuro Mishima serta pelakon seperti Takumi Kitamura, Jun Shison, Kanata Hongo dan Shuhei Uesugi.

Sohor Kini