Barbie Boleh Distrim Melalui HBO Go Pada 15 Disember

HBO Go telah menyenaraikan yang Barbie iaitu filem dengan kutipan tertinggi bagi tahun ini sudah boleh distrim melalui platform tersebut bermula pada 15 Disember 2023 menyertai beberapa lagi filem yang disertakan pada bulan ini seperti Blue Beetle, Violent Night dan Transformers: Rise of the Beasts.

Sejak ditayangkan pada bulan Julai yang lepas, Barbie telah memperlihatkan prestasi di luar jangkaan dan menjadi filem dengan kutipan tertinggi tahun ini, mengatai The Super Mario Bros. Movie dan rakan hari siaran Oppenheimer dengan kutipan $1.4 bilion.

Barbie adalah filem mengenai satu Barbie lakonan Margot Robbie yang telah ke dunia sebenar dan menyedari yang dunia sebenar dan dunia di Barbieland adalah berbeza. Di ulasan, kami mengatakan yang Barbie adalah filem yang wajib di tonton jika anda ingin saksikan sesuatu yang menghiburkan, seronok dan melucukan.

Anda boleh baca ulasan penuh di pautan berikut – Ulasan Barbie.

HBO Go boleh dilanggan dengan harga RM23.30/sebulan. Ia juga boleh didapatkan melalui langganan bersama Astro atau Unifi TV.

Sohor Kini