Lenovo telah mengumumkan yang PC mudah alih mereka Lenovo Legion Go kini ditawarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga RM3,999 iaitu RM900 lebih mahal berbanding harga pra-tempahan sebelum ini.
Mereka juga sekadar mengumumkan model yang menggunakan cip AMD Ryzen Z1 Extreme sahaja, dengan model Z1 tidak diumumkan walaupun sebelum turut tersenarai semasa pra-tempahan.
Spesifikasi lain untuk Lenovo Legion Go, ia akan menggunakan sistem operasi Windows 11, 16GB RAM, storan sehingga 1TB, skrin 8.8-inci dengan resolusi 2560 x 1600 menggunakan panel IPS dan sokongan kadar segar semula sehingga 144Hz.
Lenovo juga telah mengatakan yang pengguna yang melakukan pra-tempahan bermula 8 Disember sehingga 17 Disember di Lenovo Exclusive Store boleh mendapatkan set fon telinga Lenovo Legion E51 dengan harga RM249 berbanding RM389.
Setia pra-tempahan di Store dan juga Lenovo.com juga akan mendapat pelindung skrin yang berharga RM109 secara percuma.