Hari ini iQOO 12 telah dilancarkan di Malaysia dengan harga RM3,399. iQOO adalah sub-jenama vivo yang memfokuskan penawaran peranti prestasi tinggi pada harga mampu milik. Apa yang menarik dengan iQOO 12 adalah, ia merupakan telefon pintar pertama di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Gen 3.

iQOO 12 dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78″, 144Hz dan HDR10+. Ia menjalankan Android 14 melalui pelancar Funtouch OS 14 yang turut menyertakan mod gaming Monster Inside. Mod ini akan memanfaatkan lagi cip Snapdragon 8 Gen 3 dengan konfigurasi 1x 3.3 GHz Cortex-X4 + 5x 3.2 GHz Cortex-A720 + 2x 2.3 GHz Cortex-A520 serta GPU Adreno 750. Memori pula adalah 32GB RAM (16GB LPDDR5X + 16GB memori maya) dan storan dalaman 512GB UFS 4.0.

Bagi yang pentingkan fotografi disamping prestasi yang mantap, iQOO 12 menggunakan kamera 50MP OIS + 64MP zum optikal 3x, OIS + 50MP sudut ultra lebar dan 16MP kamera swafoto. Bateri pula adalah 5000mAh dengan pengecasan pantas 120W FlashCharge. Speaker stereo, Bluetooth 5.4, WiFi 7, pengimbas cap jari bawah skrin jenis optikal dan hadir dengan rekaan rata yang nampak premium dan mewah.

Sempena pelancaran di Malaysia, dua warna ditawarkan iaitu Legend edisi BMW Motorsport dan juga Alpha iaitu hitam kusam. Harga RM3,399 untuk satu varian sahaja iaitu 16/512 GB. Sempena pelancaran, iQOO 12 boleh dibeli pada harga RM3349 iaitu diskaun sehingga RM50 berserta hadiah eksklusif bernilai RM777.

Sohor Kini