Pameran Anime Naruto, “NARUTO TV Animation 20th Anniversary Exhibition Malaysia” sudah berlangsung sejak 7 Oktober lepas Pavilion Bukit Jalil dan akan berakhir 31 Disember 2023. Dengan ia telah memasuki bulan terakhir penganjuran, potongan harga kemasukan untuk pameran ini telah diumumkan.

Harga baharu yang diumumkan adalah RM38 (sebelum ini RM68), RM 68 (sebelum ini RM98) bagi pakej menyertakan Exhibition dan VR. Manakala bagi kanak-kanak adalah RM18 (sebelum ini RM28) dan RM38 (sebelum ini RM48).

Tarikan bagi pameran ini adalah pengunjung dapat alami pengalaman realiti maya membolehkan mereka berinteraksi dengan watak-watak daripada Naruto dan Boruto. Pameran ini akan menghasilkan semula 8 adegan daripada anime dan pengunjung dapat mengalaminya dengan cara berbeza seperti melakukan ninjutus sendiri, terkena “Curse Sealing” dan juga melihat dengan lebih dekat perlawanan Naruto dan Sasuke.

Tempahan tiket boleh dilakukan melalui pautan ini.

Sohor Kini