Skip to main content

Naughty Dog telah berkongsi treler baharu untuk The Last of Us Part II Remastered yang memfokuskan kepada mod permainan baharu yang akan tiba di dalam versi terbaru ini iaitu ‘No Return’ yang merupakan mod permainan ketahanan hidup roguelike.

Di dalam mod ini, pemain boleh memilih untuk mengawal pelbagai watak berbeza selain Ellie dan Abby, pemain juga boleh mengawal Dina, Jesse, Lev dan Tommy yang setiapnya mempunyai gaya main yang tersendiri.

Selepas memilih watak, pemain akan melalui beberapa kawasan daripada permainan ini, dengan penjahat yang ada akan hadir secara rawak. Jika mati, pemain akan bermula semula dengan sesi permainan yang serba baharu.

The Last of Us Part II Remastered untuk PlayStation 5 akan dilancarkan pada 19 Januari 2024 bagi pemilik versi asal permainan ini, boleh dapatkan versi Remastered dengan bayaran RM40.

Leave a Reply