Killers of the Flower Moon adalah filem Apple TV+ pertama yang ditayangkan di pawagam tempatan. Filem ini diarahkan oleh Martin Scorsese, mengisahkan keluarga Osage Nation yang kaya raya kerana dagangan minyak pada tahun 1920-an. Keluarga orang asli Amerika ini kemudiannya dimanipulasi oleh orang-orang putih yang dengki, kejam, sehingga menyebabkan pembunuhan dengan tragedi Reign of Terror.

Eric Roth turut menulis skrip filem ini bersama Scorsese. Killers of the Flower Moon dibintangi oleh Robert De Niro, Leonardo DiCaprio, Lily Gladstone, Jesse Plemons, Tantoo Cardinal, Cara Jade Myers, JaNae Collins, dan Jillian Dion. Filem ini kini boleh dibeli atau disewa pada harga bermula RM39.90 (sewa) dan RM69.90 (beli) di Apple TV. Tidak tersenarai di Google TV Malaysia buat masa ini.

Apple menghabiskan lebih RM1.18 bilion, menjadi filem Hollywood dengan durasi terpanjang iaitu 3 jam 26 minit, dan pelaburan Apple sehingga lebih RM1 bilion setahun untuk membawa filem Apple TV+ ke pawagam kelihatan ada potensi untuk berjaya. Filem ini tidak dinafikan amat menarik dengan skor ulasan Aksiz adalah 9/10.
Jika anda tidak sabar untuk menantikan filem ini percuma dengan langganan Apple TV+, RM39.90 untuk akses selama 48 jam adalah perbelanjaan yang berbaloi untuk sebuah filem yang benar-benar “sinema”.