Monsta telah menyiarkan secara rasmi episod pertama untuk siri baharu bagi BoBoiBoy iaitu BoBoiBoy Galaxy Sori pada hari Ahad lepas. Selepas sehari dikongsi di YouTube, ia telah menerima 3.5 juta tontonan setakat ini.

Siri ini berlaku selepas kejadian di dalam BoBoiBoy Movie 2 selepas mereka mengalahkan Retak’ka. Di dalam episod pertama ini, tugasan seterusnya bagi BoBoiBoy adalah untuk menguasai kuasa tahap tiga agar dia boleh menjadi lebih berkuasa.

BoBoiBoy Galaxy Sori akan mempunyai 6 episod yang akan tiba setiap minggu di YouTube dan juga Netflix. Monsta sebelum ini juga mengumumkan yang musim baharu untuk BoBoiBoy Galaxy akan dibahagikan kepada empat bahagia iaitu BoBoiBoy Galaxy Sori, BoBoiBoy Galaxy Windara, BoBoiBoy Galaxy Gentar dan juga BoBoiBoy Galaxy Gur’latan.

Sohor Kini