Cacpom telah mengacah acara kolaborasi untuk Street Fighter 6 bersama dengan siri anime dan manga Spy x Family bersempena dengan pelancaran filem siri tersebut iaitu Spy x Family Code: White yang akan mula ditayangkan di Jepun pada 22 Disember 2023.

Di dalam treler untuk acara ini, mereka telah memperlihatkan Yor Forger bertempur dengan Chun-Li dan mengumumkan yang barangan berdasarkan kolaborasi ini akan tiba secara rasmi pada 9 Januari 2024.

Street Fighter 6 sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam.

Sohor Kini