Prime Video telah mengumumkan yang filem John Wick Chapter 4 iaitu filem terbaru di dalam siri Keanu Reeves ini boleh mula distrim di platform tersebut bermula pada 30 Disember 2023. Menyertai The Continental iaitu siri berdasarkan dunia John Wick.

John Wick Chapter 4 tiba di pawagam pada bulan Mac tahun ini dan merupakan filem aksi terbaik tahun ini dan anda boleh baca ulasan kami di pautan berikut – Ulasan John Wick 4. Filem ini juga berjaya dari segi kutipan dengan mendapat $440 juta (~RM2 bilion) iaitu filem ke-11 dengan kutipan tertinggi bagi tahun ini.

Tahukah anda, majoriti skrip untuk Keanu Reeves di dalam filem ini adalah satu perkataan sahaja? Ia adalah “Yeah”.

Prime Video boleh dilanggan dengan harga RM25 sebulan ataupun dapatkan bersama dengan Twitch Prime yang juga ditawarkan dengan harga yang sama.

Sohor Kini