Reacher Akan Diteruskan Untuk Musim Ke-3

Jack Reacher adalah kisah polis tentera di dalam pasukan tentera Amerika Syarikat. Reacher terkenal sebagai bekas tentera yang ada skil hebat seperti kemampuan bertumbuk yang dahsyat, amat kuat, kreatif serta mampu menyelesaikan masalah dalam keadaan paling strategik tanpa kira situasi aoa. Watak dan kisah Reacher dicipta oleh Lee Child dan sudah mempunyai 28 buku.

Reacher turut telah diadaptasi menjadi dua filem oleh Tom Cruise dan Alan Ritchson dalam siri TV oleh Prime Video – Reacher. Reacher akan menerima musim kedua bermula 15 Disember ini dengan baru-baru ini telah disahkan turut akan diteruskan untuk musim ketiga. Musim kedua ini akan mengikut penceritaan dalam buku Child yang ke-11 iaitu Bad Luck and Trouble.

Dalam musim kedua, Ritchson kembali sebagai Reacher yang menerima mesej disulitkan yang memberitahu bekas ahli-ahli MP Special Investigastion unit ke-110 yang merupakan kawan dia dibunuh seorang demi seorang secara misteri. Reacher berganding bahu dengan Frances Neagley (Maria Sten), Karla Dixon (Serinda Swan), David O’Donnell (Shaun Sipos) dan seorang akauntan forensik yang Reacher minati. Mereka bersama-sama akan menyelesaikan misteri pembunuhan ini.

Reacher adalah siri yang dihasilkan oleh Amazon MGM Studios, Skydance Television, dan juga Paramount Television.

Sohor Kini