Terdapat desas-desus yang menyatakan Marvel ingin mengolah semula filem Avengers dengan pelakon asal seperti Chris Evans, Scarlett Johansson atau juga Robert Downey Jr. sebagai langkah terdesak jika tidak dapat menemui jalan cerita terbaik untuk sama ada meneruskan kisah Kang atau mula dengan kisah baharu.

Kevin Feige baru-baru ini mengesahkan yang seperti watak T’Challa yang tidak akan digantikan dengan pelakon lain, begitu juga Tony Stark/Iron Man. Disney dan Marvel telah merancang untuk bebelas tahun bagi menamatkan watak ini dalam Avengers: Endgame dan turut telah berjanji dengan Robert Downey Jr. yang beliau tidak lagi akan kembali sebagai watak ini.

Legasi Iron Man/Tony Stark akan diteruskan oleh Armor Wars dengan Rhodey atau juga mungkin dengan Riri Williams/Ironheart. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut kisah dalam MCU untuk melihat watak mana akan boleh menjadi pengganti Iron Man, ikon Avengers?

Sohor Kini