Bulan lagi rahsia yang siri prekuel Game of Thrones iaitu House of the Dragon menerima sambutan yang baik sehingga diteruskan untuk musim kedua dan juga ketiga. Musim kedua adalah lebih pendek iaitu hanya 8 episod berbanding sebelum ini 10 episod. Selepas melakukan penggambaran April lalu, treler acah pertama dipertontonkan malam tadi sempena CCXP23 di São Paulo, Brazil. Treler ini turut menyertakan klip peperangan yang dahsyat serta aksi naga yang mendebarkan.

House of the Dragon musim kedua akan disiarkan di saluran HBO, 411 di Astro; saluran 401, Unifi TV; dan di HBO GO bermula tahun 2024 nanti. Siri ini berlaku 200 tahun sebelum kejadian dalam Game of Thrones iaitu mengisahkan House Targaryen yang diadaptasi daripada buku George R.R. Martin – Fire & Blood.

Matt Smith, Olivia Cooke, Emma D’Arcy, Eve Best, Steve Toussaint, Fabien Frankel, Ewan Mitchell, Tom Glynn-Carney, Sonoya Mizuno, Rhys Ifans, Harry Collett, Bethany Antonia, Phoebe Campbell, Phia Saban, Jefferson Hall, dan Matthew Needham kembali sebagai watak masing-masing.

Pelakon baharu yang menyertai siri House of the Dragon ini adalah Clinton Liberty sebagai Addam of Hull, Jamie Kenna sebagai Ser Alfred Broome, Kieran Bew sebagai Hugh, Tom Bennett sebagai Ulf, Tom Taylor sebagai Lord Cregan Stark, Vincent Regan sebagai Ser Rickard Thorne, Abubakar Salim seabagai Alyn of Hull, Gayle Rankin sebagai Alys Rivers, Freddie Fox sebagai Ser Gwayne Hightower dan juga Simon Russell Beale sebagai Ser Simon Strong. 

Sohor Kini