Acer Nitro V 15 Dilancarkan Secara Rasmi – Harga Bermula RM3,099

Acer Malaysia hari ini telah mengumumkan Acer Nitro V 15 dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Acer Nitro V 15 merupakan laptop khusus untuk gaming yang ditawarkan dengan harga mampu milik.

Laptop ini dilengkapi dengan skrin 15.6 inci FHD menggunakan panel IPS dan menyokong kadar segar semula sehingga 144Hz. Ia dikuasakan dengan cip pemprosesan Intel Core i5-13420H.

Bagi storan, ia hadir dengan 512GB SSD, dan RAM 8GB yang boleh dinaik taraf sehingga 32GB. Terdapat dua pilihan kad grafik iaitu NVIDIA GeForce RTX 4050 yang ditawarkan dengan harga RM3,899 dan NVIDIA GeForce RTX 2050 dengan harga RM3,099.

Pengguna yang melakukan pembelian untuk laptop ini sebelum 31 Disember 2023 boleh mendapatkan hadiah bernilai RM637 iaitu Nitro Urban Gaming Backpack, langganan 3 tahun untuk Trend Micro Internet Security, Tetikus Logitech G Wireless, dan kredit Touch ‘n Go eWallet.

Sohor Kini