Eli Roth Akan Hadir Dengan Sekuel Thanksgiving

Thanksgiving adalah sebuah filem slasher iaitu kisah pembunuhan bersiri oleh Eli Roth. Filem ini berpotensi menjadi francais slasher baharu menggantikan Halloween sebagai filem seram bertemakan sambutan perayaan di Amerika Syarikat.

Filem ini telah menjadi filem Eli Roth yang menerima skor ulasan tertinggi oleh orang ramai. Terbaru Eli Roth telah mengesahkan yang Sony telah menempah sekuel bagi filem ini. Roth dan Jeff Rendell akan mula menulis skrip yang dikatakan akan mengambil setahun untuk memastikan filem mempunyai kualiti dan penceritaan yang lebih baik berbanding yang pertama. Tarikh tayangan dikatakan adalah sekitar hujung tahun 2025.

Baca – Ulasan Thanksgiving

Sohor Kini