Kolaborasi PUBG Mobile x Mechamato Tiba 15 Disember Ini

PUBG Mobile hari ini telah mengumumkan kolaborasi bersama dengan Monsta untuk membawa kandungan berdasarkan siri animasi popular Mechamato ke dalam permainan tersebut. Kolaborasi ini akan bermula pada 15 Disember 2023.

Ini merupakan kerjasama yang kedua di antara Level Infinite dan Monsta, pada awal tahun ini mereka sudah bekerjasama bagi kandungan BoBoiBoy. Kerjasama ini menggunakan mesej “Mechanize The Battle” memberi petanda yang pelbagai barangan ‘Mechanize’ akan tiba di dalam permainan tersebut.

Maklumat lanjut mengenai acara kolaborasi ini akan diumumkan tidak lama lagi.

Sohor Kini