Studio Kembara hari ini telah berkongsi treler acah untuk filem Pendekar Awang – Darah Indera Gajah iaitu filem yang dikatakan filem susulan kepada Mat Kilau tetapi memfokuskan kepada watak Awang yang di bawa oleh Fattah Amin.

Buat masa ini, jalan cerita untuk filem ini masih belum dikongsi, akan tetapi mengekalkan tema seperti filem Mat Kilau iaitu menentang penjajahan British di Pahang. Bersama dengan treler mereka mengatakan film ini “menyaksikan keberanian dan pengorbanan pahlawan-pahlawan Melayu membebaskan bumi tanah tumpah kita”.

Bersama Fattah Amin, Nur Fazura iaitu isterinya juga akan membawa watak Sayang di dalam filem ini. Selain itu mereka juga mengumumkan pelakon-pelakon lain yang terlibat seperti Hazwani Helmi sebagai Minah, Heliza Helmi sebagai Siti, Amerul Affendi sebagai Tobah, Ali Karimi sebagai Brahim, Andy Teh sebagai Sachai, Syed Ali Murtadha sebagai Nadim, Tissa Biani sebagai Besah, Wan Hanafi Su sebagai Tok Gajah, Geoff Andre Feyaerts sebagai Kapten Syers, Wak Di sebagai Jalak, Nam Ron sebagai Hj Sulong, Nadhir Nasar sebagai Tahir dan Reza Hilman sebagai Dahlan.

Pendekar Awang – Darah Indera Gajah akan ditayangkan pada tahun 2024.

Sohor Kini