Capcom telah mengumumkan yang mod realiti maya (VR) bagi Resident Evil 4 akan dilancarkan pada 8 Disember 2023 sebagai kemaskini percuma bagi pemilik permainan tersebut di PlayStation 5 dan perlu menggunakan PS VR2 untuk bermain mod ini.

Resident Evil 4 sudah dikeluarkan pada bulan Mac lepas dan kami juga telah mengeluarkan ulasan menggelarkannya sebagai antara permainan aksi terbaik tahun ini. Ia juga tersenarai sebagai calon untuk ‘Permainan Terbaik Tahun Ini’ di The Game Awards.

Seperti Resident Evil Village, mod VR ini adalah eksklusif untuk PlayStation 5 dan PS VR2.

Sohor Kini