Tayangan Dune: Part Two Diawalkan 2 Minggu

Warner Bros dan Legendary telah mengumumkan yang Dune: Part Two kini akan ditayangkan pada 1 Mac 2024 berbanding tarikh sebelum ini iaitu 15 Mac 2024. Menurut THR, mereka berharap untuk menarik penonton yang sedang bercuti musim bunga.

Dune: Part Two sepatutnya ditayangkan pada akhir tahun ini, akan tetapi akibat mogok oleh pelakon Amerika Syarikat yang menyukarkan mereka untuk melakukan promosi, ia telah ditunda. Dengan mogok sudah ditamatkan pada bulan lepas, filem ini kembali bersedia untuk ditayangkan.

Filem ini diarahkan oleh Denis Villeneuve dan merupakan filem susulan kepada Dune yang dikeluarkan pada tahun 2021 dan merupakan antara filem terbaik untuk tahun itu. Senarai pelakon adalah Timothee Chalamet, Zendaya, Rebecca Ferguson dengan tambahan Florence Pugh dan Austin Butler.

Sohor Kini