Warner Bros Pictures hari ini telah berkongsi treler pertama untuk Furiosa: A Mad Max Saga iaitu filem seterusnya berdasarkan dunia Mad Max. Di dalam filem ini, ia memfokuskan kepada Furiosa yang masih mudah dan merupakan prekuel kepada Mad Max: Fury Road.

Filem ini dibintangi oleh Anya Taylor-Joy sebagai Furiosa, Chris Hemsworth sebagai Dementus iaitu watak jahat utama filem ini, selain itu Tom Burke, Angus Sampson, Daniel Webber dan Nathan Jones. Ia diarahkan oleh George Miller yang juga merupakan penulis bersama dengan Nick Lathouris.

Furiosa: A Mad Max Saga akan ditayangkan pada 22 Mei 2024.

Sohor Kini