Treler Kedua Night Swim Sangat Menyeramkan

James Wan dan Jason Blum sekali lagi bekerjasama untuk filem seram baharu di bawah produksi gabungan Atomic Monster dan Blumhouse iaitu Night Swim. Treler kedua yang baru diterbit kelihatan cukup menyeramkan dengan elemen takut kejut yang memaparkan makhluk ngeri yang dilihat cuba membunuh orang serta turut boleh merasuk seseorang.

Filem ini diarahkan dan ditulis oleh Bryce McGuire berdasarkan filem pendek beliau. Ia akan ditayangkan pada awal Januari 2024 nanti, tetapi tarikh tayangan Malaysia masih belum disahkan buat masa ini. Sama-sama kita nantikan dan lihat adalah Night Swim boleh menjadi filem seram menarik baharu.

Sinopsis rasmi;

Ray Waller (Wyatt Russell) adalah bekas pemain besbol yang terpaksa bersara awal kerana penyakit degeneratif. Dia dan si isteri Eve (Kerry Condon) bersama-sama dengan Izzy (Amélie Hoeferle) dan Elliot (Gavin Warren) iaitu anak mereka pindah ke rumah baharu. Ray meyakinkan Izzy serta Elliot, kolam di belakang rumah adalah menyeronokkan dan turut boleh menjadi tempat terapi. Walau bagaimanapun, rumah ini menyimpan satu rahsia gelap yang mengerikan kerana di dalam kolam ada makhluk mistik yang mengancam nyawa Ray sekeluarga.

Sohor Kini