Transformers: Rise of the Beasts Tiba Di HBO Go Pada 23 Disember

HBO Go telah mengumumkan yang filem terbaru Transformers iaitu Transformers: Rise of the Beasts akan tiba dan boleh distrim melalui HBO Go pada 23 Disember 2023 menyertai filem-filem lain daripada francais ini yang sudah ditawarkan di platform tersebut.

Transformers: Rise of the Beasts disiarkan pada merupakan filem ketujuh bagi francais filem ini dan merupakan filem susulan kepada Bumblebee yang dikeluarkan pada tahun 2018 dan prekuel kepada filem-filem lain Transformers.

Filem ini ditayangkan pada bulan Jun lepas dan mengikut ulasan kami filem ini mempunyai pelbagai plot yang menarik tetapi penyampaian yang kurang memuaskan. Mungkin masih satu filem menarik untuk peminat tetapi tidak lebih daripada itu – Ulasan Transformers: Rise of the Beasts.

Sohor Kini