Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan permainan percuma buat pelanggan PlayStation Plus secara rasmi bagi bulan Disember untuk pelanggan di Malaysia.

Penawaran bulan ini menyertakan tiga permainan percuma yang boleh ditebus bermula 5 Disember 2023 sehingga 1 Januari 2024;

  • Lego 2K Drive
  • Powerwash Simulator
  • Sable

Jika anda masih tidak menebus permainan yang ditawarkan pada bulan November, anda masih boleh melakukannya sehingga 4 Disember 2023.

PlayStation Plus merupakan langganan khas buat konsol PlayStation di mana ia bukan sahaja menyertakan permainan percuma setiap bulan, malah pemain turut akan menerima diskaun khas dan juga fungsi untuk bermain secara atas-talian dan menyimpan fail simpanan permainan secara atas awan.

Langganan PlayStation Plus bermula RM29 sebulan, RM69 untuk 3 bulan dan RM235 untuk setahun iaitu harga baharu yang bermula pada 6 September lepas.

Sohor Kini