Blue Beetle adalah antara filem adiwira terbaik yang ditayangkan pada tahun ini, di dalam ulasan untuknya kami juga mengatakan yang Blue Beetle adalah filem terbaik oleh DC selepas The Batman yang dikeluarkan lebih setahun yang lepas.

Namun, dengan kutipan yang kurang memberangsangkan mungkin ramai yang tidak menontonnya lagi, dan anda kini boleh melakukannya dengan filem ini sudah ditawarkan melalui HBO Go dan boleh mula distrim.

Filem arahan Angel Manuel Soto ini memfokuskan kepada watak Jaime Reyes yang secara tidak sengaja telah dipilih oleh Scarab untuk menjadi hos, yang juga memberikannya pelbagai kuasa.

HBO Go boleh dilanggan dengan harga RM23.30/sebulan. Ia juga boleh didapatkan melalui langganan bersama Astro atau Unifi TV.

Sohor Kini