Team Vitality Hadir Dengan Barangan Berdasarkan Jujutsu Kaisen

Organisasi esukan Team Vitality telah mengumumkan kolaborasi bersama dengan siri anime dan manga popular Jujutsu Kaisen untuk penawaran barangan terbaru mereka. Antara barangan yang ditawarkan adalah topi, hoodie, alas tetikus dan juga tshirt.

Barangan-barangan ini boleh didapatkan melalui laman rasmi Team Vitality dan berikut adalah harga untuk setiap barangan;

  • Topi – RM170
  • Hoodie – RM390
  • Alas Tetikus – RM225
  • Tshirt – RM225

Ini bukanlah pertama kali Team Vitality bekerjasama dengan siri manga/anime, mereka sebelum ini telah hadir dengan barangan Naruto dan Hunter x Hunter.

Sohor Kini