Skip to main content

Apple hari ini telah mengumumkan senarai pemenang untuk ‘2023 App Store Awards‘ iaitu aplikasi dan juga permainan terbaik yang dilancarkan pada tahun ini, mereka juga sebelum ini juga telah mengumumkan finalis bagi setiap kategori.

Kami juga berkesempatan untuk menemubual beberapa pembangun yang memenangi anugerah ini dan anda boleh membacanya di bawah.

Berikut adalah senarai pemenang:

  • Permainan Terbaik iPhone – Honkai: Star Rail (HoYoverse)

Bercakap mengenai kerjasama dengan Apple, mereka mengatakan yang ia telah membolehkan untuk HoYoverse hadir dengan pelbagai fungsi yang menarik khusus bagi peranti Apple. Ditanya mengenai kemungkinan untuk Honkai: Star Rail dilancarkan di Mac terutama bagi yang menggunakan cip Apple Silicon, mereka mengatakan yang masih tiada perancangan pada waktu ini dan akan kongsinya jika ada sebarang perubahan mengenainya.

  • Permainan Terbaik iPad – Lost in Play (Snapbreak Games)
  • Permainan Terbaik Mac – Lies of P (Neowiz)
  • Permainan Terbaik Apple Arcade – Hello Kitty Island Adventure (Sunblink)

Hello Kitty Island Adventure adalah permainan yang dibangunkan untuk kanak-kanak, tetapi juga sangat menarik untuk dimainkan oleh orang dewasa. Menjawab mengenai bagaimana mereka membangunkan Hello Kitty Island Adventure untuk memastikan ia menarik bagi orang dewasa tetapi pada masa sama seronok untuk dimainkan oleh kanak-kanak, mereka mengatakan yang di dalam permainan terdapat pelbagai kandungan yang akan menarik untuk dimainkan oleh orang dewasa tetapi pada masa sama menyediakan fungsi-fungsi yang akan menjadikan bahagian tertentu lebih mudah dan menarik untuk kanak-kanak.

  • Permainan Impak Sosial – Unpacking (Humble) dan Finding Hannah (Fein Games GmbH)

Salah satu permainan yang memberi impak kepada komuniti adalah Unpacking iaitu satu permainan mengenai mengemas barangan selepas berpindah, tetapi dari semasa ke semasa dapat mengetahui serba sedikit mengenai penceritaan bagi watak utama. Menjawab mengenai bagaimana mereka menghasilkan penceritaan yang sangat relatable dan menyentuh perasaan, mereka mengatakan penceritaan ini banyak mengambil daripada pengalaman mereka sendiri oleh kerana itu penceritaan terasa ikhlas dan akan memberi kesan yang lebih kepada pemain.

Tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang.

Apple juga telah mengumumkan yang sejak dilancarkan pada tahun 2008, App Store telah menjadi tempat untuk 1.8 juta aplikasi dan telah dilawati oleh 650 juta untuk secara purata mingguan dari 175 negara dan benua. App Store juga telah menjana $1.1 trilion untuk pembangun sepanjang tahun 2022.

Leave a Reply