Capcom telah mengumumkan yang Dragon’s Dogma 2 akan dilancarkan pada 22 Mac 2024 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam.

Mereka juga berkongsi yang sesi pra-tempahan sudah dibuka dan menawarkan Standard Edition serta Deluxe Edition yang menawarkan pelbagai barangan di dalam permainan.

Seperti permainan Dragon’s Dogma yang lain, pemain akan menjadi Arisen iaitu watak di mana jantungnya sudah diambil oleh naga, namun di dalam permainan ini ia berlaku di dalam dunia yang selari.

Mereka juga mengumumkan vocation baharu yang khusus untuk Arisen iaitu Trickster yang menggunakan pelbagai helah di dalam pertempuran.

Anda boleh tonton perkongsian lanjut untuk Drgaon’s Dogma 2 di YouTube Capcom.

Sohor Kini