Alien: Romulus Berlaku Di Antara Dua Filem Pertama

Alien adalah francais filem sains fiksyen pengembaraan di angkasa lepas, di mana manusia diserang oleh makhluk asing yang digelar Xenomorph. Filem pertama yang ditayangkan pada tahun 1979 diarahkan oleh Ridley Scott, kemudian James Cameron mengambil alih filem sekuel iaitu Aliens pada tahun 1986. Filem ini kemudian diteruskan dengan Alien 3, Alien Resurrection, dua filem rentas siri dengan Predator iaitu Alien vs Predator dan Alien vs Predator: Requiem serta dua prekuel iaitu Prometheus dan Alien: Covenant.

Terbaru, francais ini akan hadir dengan filem Alien: Romulus yang diarahkan oleh Fede Alvarez (Evil Dead, Don’t Breathe). Menurut beliau filem baharu ini akan berlaku di antara Alien dan Aliens. Menariknya, pasukan yang sama merekabentuk makhluk asing dalam filem asal kembali semula selepas lebih 40 tahun untuk Romulus. Tetapi plot filem masih belum didedahkan lagi buat masa ini.

Setakat ini Cailee Spaeny, Isabela Merced, David Jonsson, Archie Renaux, Spike Fearn dan Aileen Wu adalah antara pelakon yang disahkan. Turut tidak pasti sama ada adakah filem ini akan berkait dengan kisah Ellen Ripley lakonan Sigourney Weaver kerana Alien mengisahkan watak ini membuang Xemomorph ke angkasa dan Aliens pula memperlihatkan Ripley membantu pasukan tentera menumpaskan makhluk asing ini. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini