Postknight 2 Menyambut Ulang Tahun Ke-2 Dengan Pelbagai Aktiviti

Kurechii akan menganjurkan acara selama sebulan iaitu “Anniver2ary” untuk menyambut ulang tahun ke-2 bagi permainan Postknight 2 mereka. Acara ini akan bermula pada 28 November sehingga 22 Disember 2023.

Sepanjang acara ini, pemain boleh dapatkan Gratitude Cap 2023 iaitu barangan Fashion yang esklusif untuk acara ini, pemain hanya perlu log masuk semasa 2 minggu pertama acara ini untuk mendapatkannya.

Pemain juga boleh dapatkan pelbagai ganjaran lain seperti berikut;

  • Pek Hadiah Anniver2ary – Pemain hanya perlu log masuk semasa acara ini berlangsung dan boleh dapatkannya melalui inbox.
  • Ganjaran Log masuk 7-hari – Log masuk selama 7 hari untuk menebus ganjaran baharu setiap hari
  • Berjumpa dengan Pembangun – Pemain boleh berjumpa dan bercakap dengan pembangun di dalam permainan yang juga akan diberikan ganjaran.
  • Acara melalui Discord – Pemain juga boleh menyertai pelayar Discord permainan ini untuk menyertai acara khas di-dalamnya.

Postknight 2 sudah dikeluarkan untuk iOS, dan Android melalui Google Play serta Huawei AppGallery.

Sohor Kini