Assassin’s Creed Syndicate Percuma Sehingga 6 Disember – Untuk PC

Ubisoft minggu ini telah menawarkan Assassin’s Creed Syndicate secara percuma bersempena dengan Cyber Week. Tawaran ini adalah untuk platform PC sahaja dan pemain boleh menebusnya sehingga 6 Disember 2023.

Assassin’s Creed Syndicate merupakan permainan ke-9 di dalam siri Assassin’s Creed yang dikeluarkan pada tahun 2015. Di dalam permainan ini, pemain boleh mengawal dua watak utama iaitu kembar Jacob Frye dan Evie Frye dengan latar tempat di London pada tahun 1868 ketika Revolusi Industri.

Anda boleh pergi ke laman Ubisoft, log masuk ataupun daftar akaun baharu untuk menebusnya.

Sohor Kini