Kementerian Belia dan Sukan, Esports Integrated (ESI) bersama dengan Moonton Games hari ini telah menganjurkan sidang media untuk meraikan dua pasukan yang akan mewakili Malaysia ke kejohanan terbesar Mobile Legends: Bang Bang, M5 iaitu HomeBois dan Team SMG.
Buat pertama kali, mereka diraikan di Parlimen, dengan sidang media tersebut berlangsung di Dewan Serbaguna Parlimen dengan kehadiran Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli yang juga merasmikan “pelepasan” dua pasukan tersebut ke Manila.
HomeBois akan ke kejohanan M5 ini selaku juara MPL Malaysia manakala Team SMG menyertai mereka selepas menjadi antara pasukan terbaik ketika pusingan M5 Wildcard yang berlangsung hujung minggu lepas.
M5 World Championship akan berlangsung di Manila, Filipina bermula 2 Disember sehingga 17 Disember 2023.
Sumber Gambar: Moonton Games